Zaman sekarang semakin ramai orang cakna dengan keperluan vitamin dalam kehidupan seharian. Ada yang mengambilnya melalui pemakanan dan ada juga sanggup suntik.
Di pasaran pula, memang semakin bertambah-tambah produk yang berasaskan supplemen, vitamin, organik khususnya dalam hal berkait kecantikan dan kurus. Memang menjadi idaman setiap orang khususnya kaum wanita untuk kelihatan cantik dan kurus sepanjang masa.
Sebelum beli sebarang produk, saya nak sarankan sebaiknya kita ambil tahulah sedikit mengenai asas keperluan supplemen dalam kehidupan kita.
Logiknya pemakanan seharian kita ni sentiasa berubah-rubah, tak berdisplin dan banyak pilihan menu.
Ini bermakna kandungan vitamin, zat, mineral pun setiap hari boleh jadi berbeza-bezakan.
Susah kita nak sukat Karbohidrat, Protein, Lemak dan juga kandungan vitamin yang kita ambil setiap hari melalui pemakanan kita sebab lauk pauknya ada macam-macam dan cara masakan pun berbeza-beza tahap kesedapannya.
Apabila kita tak tau kandungannya, boleh jadi kita sebenarnya kekurangan zat vitamin untuk satu hari tu.
Saya nak kongsi sikit perbezaan Vitamin C dan Multivitamin. Semua orang tau vitamin adalah jenis Micronutrien yang mana kalorinya ialah kosong dan fungsinya adalah penting untuk fungsi seluruh badan.
Macam vitamin C ini antara fungsi utamanya ialah menyokong sistem imunisasi badan dan kecantikan. Vitamin C ini lebih ramai orang suka ambil sebab ia sejenis vitamin larut air (maknanya badan tak boleh hasilkan vitamin C sendiri) dan maksimum had pengambilan seharian ialah 2000mg.
Multivitamin pula mempunyai khasiat pelbagai / kombinasi vitamin penting dalam kuantiti yang seimbang beserta zat mineral yang seimbang untuk fungsi badan manusia. Kalau orang yang faham fungsinya, multivitamin ini ibarat pelengkap keperluan mikronutrien dalam badan kita. Pelengkap dan seimbangkan keperluan vitamin dan mineral kita.
Mudah fahamkan perbezaan itu. Semestinya setiap vitamin ada fungsinya tersendiri. Ada masa saya share lagi ya dalam bahasa yang mudah difahami.
Terima Kasih
-FZ-
Klik gambar ini untuk konsultansi


Multvitamin dan Vitamin C,
ReplyDeleteKedua-dua jenis vitamin ni memang best bagi saya.
Saya tak pernah tinggal untuk ambil dua vitamin ni.
ReplyDeleteTahap kesihatan pun makin improve sekarang.