Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera. Terima kasih Singgah

Salah faham antara supplement dan sayur-sayuran serta buah-buahan | Firdhaus Zulkifli

pilih supplement shaklee

Ada orang kata,
“Kau tak payah beli supplement, membazir duit weh, ko nak vitamin ko makan je buah-buah, sayur-sayur banyak-banyak, sama je dapat khasiat.”

Saya sebenarnya setuju je dengan kenyataan diatas. Betul lah tu.

Secara asasnya semua orang tau, nak dapat khasiat vitamin, minerals dan nutrisi adalah melalui makanan harian kita yang sebaiknya seimbang.

Tapi,

Persoalan sebenarnya ialah berkait dengan KUALITI SUMBER MAKANAN.

Adakah sumber makanan kita terbukti selamat, berkesan untuk kita hadam dan dapat khasiatnya?

Untuk faham dengan jelas, 

Kita kaji cara sayur dan buah ditanam dan diproses sampai jual.

Zaman sekarang, kebanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam menggunakan baja dan racun untuk kawal penyakit.Ada jenis buah yang dipetik awal, diperam, disembur racun atau bahan “awet” nak bagi segar untuk dijual.

Baja dan racun dan bahan yang digunakan untuk pastikan sayur dan buah boleh dijual ini pulak, ada 2 jenis iaitu sintetik (kimia) atau organik.

Dan kita tau yang sayur dan buah organik ni lebih mahal berbanding yang tak organik.

Setuju kan?

Saya sendiri yang giat tanam sayur ni tau betapa payah dan susah nak kawal serangan perosak, sehingga terpaksa guna bahan-bahan tambahan untuk kawal, saya pilih organik lah sebab saya tanam sendiri.

Cuba korang fikir, sayur dan buah di pasaran yang nampak elok dan segar, betul-betul berkhasiat ke selepas melalui proses yang terdedah kepada penggunaan bahan kimia kawalan perosak tu.

Saya tak tahu juga, tapi saya cuba banding dengan saya makan sayur tanam sendiri VS sayur beli kat pasar, fuh dari segi rasa pun dah beza.

Korang cubalah beza kan ye.

Kalau nak kire bab vitamin, mineral, kenalah gigih hantar makmal Mardi untuk cek komponennya. Sanggup ke?

Kalau ada sesiapa yang buat, boleh lah kongsi.

Ok, kita cerita pulak bab supplement. Sumber asas nak hasilkan supplement ni, sama juga dari hasil buah-buahan, sayuran, ada juga dari haiwan, mereka proses dan ekstrak nutrisi, vitamin, minerals yang ada dalam bahan-bahan tu semua, diproses dan dibentuk jadi tablet, pill, softgel, krim, air, serbuk (macam-macam bentuk ada) bertujuan nak kekalkan kandungan nutrisi dalamnya.

Supplement juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu sintetik dan organik.

Nak pilih yang mana? Kena kaji siapa pengeluar.

Semua pengeluar ada integriti tersendiri, sebab nak jual barang, macam-macam style marketing digunakan nak melariskan jualan.

Sama juga dengan mereka yang jual kat pasaraya, buat iklan sayur murah buah murah nak tarik pelanggan datang kan.

Jadi macam mana nak tau supplement yang kita makan ni berkualiti? Kaji dan Pilih syarikat yang pentingkan integriti produk, yang ada kajian, ada R&D, ada paten atas usaha mereka ekstrak buah-buahan dan sayuran ni bukan mudah macam perah jus biasa, nak kena buat paper, minta approval, minta lesen kelulusan, lesen berniaga lagi, lesen kilang lagi, macam-macam proses lah nak berniaga ni.OEM ke Propietary ke, banyak cabang.

Dan akhirnya pengguna dapat produk tu.

Syarikat pengeluar juga kena memastikan keberkesanan produk pada pengguna melalui kajian kepada pengguna pulak, supaya kita boleh dapat result yang baik manfaat baik hasil dari produk itu.Macam after sales servis lah, kita nak pastikan keberkesanan itu melalui ujian kesihatan dan pelbagai test dibuat.

Ala,

Macam kita servis kereta, lepas servis kereta mesti nak kereta lebih lancar, bukan makin rosak kan, ha begitu.

Bab keberkesanan ni pun nak kena pastikan ia diperakui dan diiktiraf dunia. Baru lah kita rasa selamat kan.

Test ni bukan hanya penting dari segi kandungan nutrisi tapi juga kena pastikan produk bebas racun dan bahan kimia yang menjejaskan kesihatan. Selalu bab ni KKM ada standardnya.

Beza yang jelas antara supplement dan makan buah sayur ni adalah nutrition fact dia.

Kalau kita beli supplement, kita tau apa khasiat dalam tu, berbanding kalau kita beli sayur dan buah kat pasar, kita tak tau sebab tak ada label nutrition fact.

Kita tau hanya dari buku, standard guide tapi kalau kita fikir balik pasal food safety dalam post saya sebelum ni, bagaimana makanan kita sekarang terdedah pada persekitaran racun dan bahan kimia (tak organik), kita mungkin fikir banyak kali nak makan.

Macam kes Kartel Daging tu. kita tau daging tu protein bagus, tapi kalau sumber diragui, nak makan lagi?

Papepun bab makan ni, paling penting sekali ialah HALAL.Kena pastikan sumber dan hasilnya halal untuk dimakan. Jadi pastikanlah sumber makanan kita ni halal.

Kelulusan dari pihak KKM dan lesen-lesen berkait di Malaysia ni pun kena ambil dan patuh.Kena ambil tau beza NOT dan MAL kod di botol supplement tu, kaji sebelum makan, jangan asyik tengok testimoni sahaja, ramai kena tipu dek testimoni je, biasalah benda viral.

Itu je lah saya nak jelaskan mengenai salah faham supplement dan buah-buahan. Kita raikan lah keperluan makanan ini.

Akhir kata, nak makan buah boleh nak makan sayur boleh nak makan supplement pun boleh.

Cuma pastikan apa awk makan itu berkhasiat dan berkualiti sebab yang nak sihat badan sendiri, yang sakit nanti pun tanggung sendiri.

Saya suka dua-dua, sebab saya pun suka makan😜

Firdhaus Zulkifli
-Pejuang Kesihatan-

No comments:

Post a Comment