Sejak PKP ni, musim wabak Covid-19, asyik baca keluhan beberapa rakan kenalan diberhentikan kerja sebab majikan tak mampu tanggung dah. Kadang-kadang terfikir juga, apalah nasib mereka dan keluarga mereka nak hidup di saat menerima ujian berat itu. Punca rezeki, tetiba hilang. Ini lah yang menyebabkan saya terdetik nak menulis, kelebihan perniagaan online yang saya dah lalui selama lebih 10 tahun, untuk dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang mencari ruang untuk mula berniaga. Untuk memulakan bisnes online ini sebenarnya hanya perlukan gajet dan internet. Dengan adanya dua benda ini, kita dah boleh mulakan bisnes online. Saya pasti, zaman sekarang hampir semua orang ada gajet dan internet, bergantung pada pakej langganan masing-masing. Kita boleh bina bisnes online terus siap sedia di tangan kita, tanpa perlu keluar rumah. Seterusnya mengenai komitmen masa terhadap bisnes online ini. Kebanyakkan bisnes online ini beroperasi 24jam 7 hari seminggu sebab kedai online boleh diakses sepanjang masa. Jadi kita berpotensi untuk mendapatkan peluang jualan siang dan malam melalui sistem perniagaan online yang kemas dan tersusun. Ada beberapa platform yang menyokong kepada sistem sebegini baik menerusi website dan social media. Jadi kita hanya perlu siapkan sistem tersebut dan jaga khidmat pelanggan sebaiknya seperti memberi respons cepat dan membuat penghantaran cepat terhadap pesanan pelanggan. Semakin baik kita melayan servis pelanggan kita, semakin besarlah potensi perniagaan kita kerana pelanggan gembira. Selain itu, antara perkara penting perlu diambil kira untuk memulakan bisnes adalah modal dan risiko. Alhamdulillah, bisnes online ini antara bisnes yang tak perlu kita keluarkan modal besar pun dan semestinya ia tidak berisiko tinggi. Selagi ia tidak memerlukan kos besar untuk beroperasi, pada saya, risikonya sangat rendah,. Jadi saya sarankan, pastikan kita mengkaji dulu latar belakang bisnes yang kita ceburi sebelum kita mengambil keputusan untuk mencuba bisnes itu. Kita perlu kira kos modal dan risiko sanggup tanggung serta komitmen yang hendak diberi. Kalau ada minat, lebih bagus supaya apa yang kita niagakan itu, kita rasa bahagia nak memulakannya setiap hari. Saya bersyukur diberi peluang untuk memulakan bisnes online saya sejak 10 tahun lepas, terutamanya nikmat atas kebebasan masa dan pilihan dalam membuat keputusan. Jom mulakan bisnes online anda, yang lebih fleksibel, mudah, berisiko rendah dan mempunyai potensi pulangan tinggi. Nak tahu bagaimana saya boleh bantu anda berjaya dalam bisnes online ini? Klik https://hi.jomwasap.my/NakTanyaMD

No comments:
Post a Comment